WhatsApp

03-8723 3383

Lokasi

Bandar Teknologi Kajang

Waktu Operasi

Mon-Fri: 8.00Am-10.00PM
Sat-Sun: 8.30AM - 10.00PM

Pembedahan dan Rawatan Khas

Pembedahan kecil dan rawatan khusus termasuk suntikan HA dan PRP untuk lutut.

Pembedahan dan Rawatan Khas

Klinik Dr. Syaz menyediakan perkhidmatan pembedahan dan rawatan khas yang teliti dan berfokus pada keperluan individu. Berikut adalah perkhidmatan yang kami tawarkan:

Pembedahan Am Kecil di Bawah Local Anaesthesia:

  • Prosedur Yang Selesa: Pembedahan am kecil yang dilakukan di bawah local anaesthesia untuk memastikan pesakit merasai keselesaan sepanjang proses.
  • Penjagaan Berkesan: Dengan teknik local anaesthesia, pesakit boleh mendapatkan penjagaan yang efektif tanpa perlu berhadapan dengan kesan anestesia umum.

Suntikan Hyaluronic Acid/PRP untuk Lutut

Kami menawarkan suntikan Hyaluronic Acid atau Platelet-Rich Plasma (PRP) untuk merawat masalah lutut. Prosedur ini membantu memulihkan tisu lutut dengan cepat dan berkesan, meningkatkan keupayaan pesakit untuk kembali kepada aktiviti harian.

Suntikan untuk Osteoarthritis Lutut dan Bahu (Untuk wanita)

Jika anda menghadapi masalah osteoarthritis pada lutut atau bahu, Klinik Dr. Syaz menyediakan pilihan rawatan yang efektif. Kami menawarkan suntikan Hyaluronic Acid (HA) dan Platelet-Rich Plasma (PRP) yang terbukti membantu merangsang pemulihan dan mengurangkan kesakitan, terutama disasarkan kepada golongan wanita.

Kami menyedari bahawa kebanyakan rawatan seperti cucuk HA injection dan PRP sering dilakukan oleh doktor lelaki. Di Klinik Dr. Syaz, doktor perempuan yang akan jalanankan prosedur untuk para wanita ini demi keselesaan pesakit.

Laporan Perubatan kepada Pihak Ketiga

  • Dokumentasi Kesihatan: Menyediakan laporan perubatan terperinci kepada pihak ketiga seperti syarikat insurans atau majikan.
  • Kemudahan Proses: Pesakit dapat dengan mudah menguruskan urusan insurans atau tuntutan melalui laporan perubatan yang sah dan terperinci.

Mengapa Memilih Klinik Dr. Syaz untuk Pembedahan dan Rawatan Khas?

  1. Doktor Berpengalaman: Pasukan doktor kami yang berpengalaman memastikan pembedahan dan rawatan khas dijalankan dengan kecekapan dan keberkesanan.
  2. Teknologi dan Peralatan Terkini: Klinik Dr. Syaz dilengkapi dengan peralatan terkini untuk memastikan setiap prosedur berjalan dengan lancar.
  3. Perkhidmatan Yang Mesra Pesakit: Kami menekankan keselesaan dan sokongan pesakit sepanjang proses pembedahan atau rawatan khas.
  4. Rawatan Holistik: Kami mengamalkan pendekatan holistik untuk memastikan keseluruhan kesejahteraan pesakit, bukan hanya mengatasi masalah fizikal semata-mata.
  5. Kemudahan Laporan Perubatan: Dengan menyediakan laporan perubatan yang teliti, kami memudahkan pesakit dalam menguruskan urusan berkaitan insurans atau keperluan pihak ketiga.

Pilih Klinik Dr. Syaz untuk pembedahan dan rawatan khas yang berfokus pada keperluan kesihatan anda. Hubungi kami untuk temujanji atau maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini. Kesejahteraan anda adalah keutamaan kami.

Temu Janji

Dapatkan temu janji bersama Klinik Dr. Syaz untuk pelbagai rawatan kesihatan anda.

Hubungi Kami

Ada soalan? Tanyakan kepada kami.

Lokasi Kami

62, Jalan 1/2, Seksyen 1, Bandar Teknologi Kajang, 43500 Semenyih, Selangor

Servis Lain Di Klinik Dr. Syaz